Duhai diri ;)
Friday, March 9, 2012 | 0 Sakura.
Wahai diri, pernahkah kau menyedari betapa beruntungnya dirimu jika kau mengetahui hakikat kehidupanmu dan menelusi limpahan kasih Tuhan buatmu?Pernahkah kau menyedari betapa banyak kebaikan dan keajaiban yang berlaku dalam hidup-Mu sedangkan tak pernah kau meminta dari-Nya dalam doamu. ╰⊰⊹✿ Pernahkah kau menyedari betapa banyaknya harapan jua permintaanmu yang kau lafazkan atau yang terpendam di hatimu diperkenankan oleh Nya tanpa syarat. ╰⊰⊹✿ Pernahkah kau menyedari biarpun doamu tidak terjawab seperti yang kau minta dan rayu, Dia telah menggantikanya dengan sesuatu yang lebih baik dari itu untukmu. ╰⊰⊹✿Pernahkah kau menyedari akan besarnya limpahan kebaikan yang menyelimuti hidupmu atas sifat Kasih-Nya, sedang terlalu sedikit kesyukuran yang kau sembahkan pada-Nya. ╰⊰⊹✿Pernahkah kau menyedari betapa sedikitnya kesulitan yang kau rasai berbanding lautan kesenangan yang kau kecapi dan kau masih merungut dan tidak sabar menghadapinya. ╰⊰⊹✿Pernahkah kau menyedari akan seringnya kesulitanmu yang sedikit itu digantinya dengan kesenangan yang kau raikan dan kau masih selalu melupai-Nya. ╰⊰⊹✿Pernahkah kau menyedari betapa sedikit zikirmu, syukurmu, amalanmu yang kau hamparkan buat-Nya sedangkan Dia masih setia memberi dan memberi padamu. ╰⊰⊹✿Pernahkah ada sesiapa yang mengasihimu sehebat kasih-Nya, menjagamu seperti penjagaan-Nya, bersabar denganmu seperti sabarnya Dia? Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan anggota, dengan menggunakannya untuk beribadat khusus pada-Nya, dengan membantu saudaramu yang memerlukan, dengan menjadikan dunia penuh dengan kebaikan, dengan mengisi harimu untuk perjuangan. |
diriku. Salam Ukhwah!
Seiring sehaluan
|